Follow | Home

 peeps
Shoot Anonymous


Dyo the long lost great squishy husband. Lame 17. EXO & Kaisoo stan.


NO ADVERTISEMENT ALLOWED !


I'm deadly serious =..="




AFFIES CONTACTS
FANFIC WE♥IT








Original by Dirah. Fully re-edited by nuruL.joe with the help of software Adobe Photoshop CS6 & imgur. Most of the pics source came from WeIt & Tumblr. Thousand thanks to Wana for the awesome tutorials & helps. Adios.
OLD NEW



Yah!!! Cicak!
Posted on Tuesday, December 27, 2011 at 12:53:00 AM 0 angel(s)
.




tadi, dalam jam 6.30 petang gitu, tetiba ayah panggil aku. aku pun keluarlah dari tempat persembunyian (bilik) aku dan pi kat ayah. ayah kata aku kena pack baju sebab malam ni kena sleepover kat rumah tok. aish. . . what a day. . . aku tak kisah kalau nak tidur di umah tok, tapi tok kuat sangat beleter. itu ja yang jadi masalahnya. apa yang aku buat semua tak kena. nak balas leteran dia nanti kena cop kurang ajar pulak. dah la tok yang jaga aku dari kecik.  lepas aku kemas-kemas baju dan toiletries apa suma, kami bertolak dalam jam 8.45 malam. dalam perjalanan p umah tok tu, aku tertidur. sedar-sedar aku ada kat Caltex. mungkin ayah berhenti beli apa-apa la kot. 


ayah beli dua botol air mineral, sebungkus maggi dan satu bungkus besar roti gardenia. aku tersenyum bila aku nampak apa yang ayah beli. obviously, tu adalah stok makanan untuk aku di rumah tok nanti. FYI, aku tak minum air apa pun selain air mineral. kalau air berperisa pun, kena dari air mineral. pelikkan aku ni? demand banyak sangat. tapi kalau desperate macam di kantin sekolah atau kenduri, aku gagahkan jugakla minum air yang depa kasi. anyway then, lepas beberapa minit drive, kami sampai.


tapi ayah tak parked kereta di tempat asal. dia parked di atas ban di tepi rumah tok aku. hu. . . creepy. dah la tepi tu hutan. bahagian hutan tu ada banyak pokok kantan dan pokok kantan tu tok aku yang tanam dan tempat tu ada penunggu dia sendiri. yah. . . aku kecut bila keluar kereta. ayah pulak dah berjalan jauh nak masuk rumah. *daddy! wait! wait for me!* aku ambil semua makanan, baju dan beg lappy aku then rushed ke arah ayah dan ikut dia dari belakang. fuh. . . nasib baik tak terkencing di situ tadi. then, sementara kami nak tunggu tok bukak pintu pagar, ayah pusing kat aku dan tanya aku amik semua barang dak. aku pun angguk la. pastu ayah baru teringat ada satu lagi botol dalam kereta. dia lupa nak suruh aku amikkan. pastu ayah suruh aku amik. aku pun like. . .

ha? kenapa ayah tak gitau awal-awal tadi?

tobattla aku takut siot nak patah balik. kena lalu tepi hutan tu pulak lepas ramai orang report kat wan dan tok aku yang depa nampak macam-macam dekat pokok kantan tu. tak mau derr~ freeze!


then, tok mai bukak pintu pagar. oh my god! tersangatlah lambat tok nak bukak pintu pagar. i don't blame her because she's so old right now. it's normal for her to act like that. tapi, aku rasa macam nak melompat pagar je rasa. nasib baik tak sampai ja. kalau tidak, dah lama aku buat macam tu. dah lah angin bertiup kuat tiba-tiba time tu. terkinja-kinja aku kat situ sorang-sorang sebab nak masuk rumah cepat.


lepas aku boleh masuk rumah apa suma, ayah pun dah balik, aku mula bina tempat hideout aku! tehee~ pastu aku mula ralit melayan lagu dari youtube yang aku dah download awal-awal sambil baca fan fic. best punya best, sampai aku rasa ada satu benda jatuh atas bahu aku. waktu tu aku tengah meniarap then aku pusing tengok dan  aku nampak 2 biji mata hitam kecik yang comey. warna dia macam putih-putih sikit. sekali tengok macam muka katak pastu baru aku sedar yang tu adalah cicak. apa lagi, aku terlompat-lompat la. dah la pakai baju tangan pendek. lagilah risa takut dia masuk dalam baju. aku gosok seluruh badan macam orang yang ada penyakit kulit dan melompat lagi macam monyet tak dapat pisang. urgh! annoying sungguh cicak tu. macam mana boleh clench dekat bahu aku pulak? lepas aku dah pastikan cicak tu tak ada, baru aku sambung aktiviti aku tadi.


hahaa~ no point kenapa aku cerita pasai cicak tu dalam belog nie. owh, petang tadi aku ada perlawanan lawan makan durian denga hakim. hahaa~ serius bengong aku p terima challenge tu. last last badan aku yang mencucuk panas. pui. bengong~ luls! aku nak sambung baca fan fic dari Goddess. fan fic dia memang best. jalan cerita dia tak pernah boring. 

p/s : sorry sebab banyak sangat gambar L dari kumpulan Infinite dalam post kali ni. aku kan pelik :)

nah. . . dalam setiap post mestilah kena ada Byunghun a.k.a. L.Joe kesayangan akukan? My bias <3 ! My Rascal Rapper :)

korang try click sini! pui~ sorry :) korang terkena.

okay, tu je lah kot.
ppyong! wassalam.

Labels: , , , , , ,