Dyo the long lost great squishy husband. Lame 17. EXO & Kaisoo stan.
NO ADVERTISEMENT ALLOWED !
I'm deadly serious =..="
AFFIES
CONTACTS
FANFIC
WE♥IT
Original by Dirah. Fully re-edited by nuruL.joe with the help of software Adobe Photoshop CS6 & imgur. Most of the pics source came from We♥It & Tumblr. Thousand thanks to Wana for the awesome tutorials & helps. Adios.
OLD NEW
|
 Ular!
 Posted on Saturday, January 28, 2012 at 1:08:00 AM 0 angel(s) .

pui~ hari aku boleh online sekejap je. sebab kena pergi rumah tok aku. wan aku tak ada dekat rumah pulak sebab kena pergi ke Langkawi, teman achik Moon aku di sana. alang-alang dalam perjalanan tu lalu tepi pasar malam, aku mintak ayah belikan burger. yumm! sedap! hehee~ pui~ sorry. aku dah lari dari tajuk. tapi normallah, dalam setiap entri aku selalunya mukadimah aku panjang berjela. kadang-kadang aku sendiri nak baca pun malas.
sampai-sampai jea rumah tok, aku terus bawa lappy masuk rumah then layan MV dari kumpulan Infinite, Beast dan Teen Top. well. . . that's my favourite Kpop boyband :) well, kalau ada internet, dah lama aku layan youtube dan blogging, tapi masalahnya di rumah tok tak ada, so, kena layan lagu jealah. kalau tidak. . . urgh! bosan nak mati. tv pulak tak ada cerita best.
then bila malam baru kami nak balik. time tu, aku, mummy, aleen dan hakim sudah tunggu dekat luar rumah. hakim dengan aleen tengah kalut kejar arnab achik Moon yang terlepas. aku tengah peluk lappy aku sambil dengar mummy bercerita. tetiba aku dengar suara ayah macam menjerit. aku peekla melalui pintu yang terbuka luas tu. straight ja nampak ayah aku tengah cakap telefon. woh~ muka dia merah. pastu nampak aku tengah ketap gigi. ah, sudah. dia sudah naik darah. aku senyap jea lepas tu. takut aku pulak jadi magsa ayah nanti. aku terus naik kereta, senyap!
then bila ayah masuk kereta, aku amik keputusan untuk try tanya dia apa jadi. so, dengan penuh courage, aku tanya. . .
kenapa ayah?
pastu ayah jawab. . .
ular!
aku like, kenapa dengan ular? then baru ayah cerita yang dalam rumah aku satu lagi di Langkawi ada ular masuk melalui lubang di tepi pintu. lubang tu asalnya ayah aku dah tutup tapi achik aku kata wan aku buka. so, malam tadi, ular tu ambil peluang untuk masuk ke dalam rumah. kan di atas tadi aku sudah tulis yang wan aku ada di Langkawi sebab nak temankan achik Moon aku. . . so, ayah aku marah sebab saat genting macam tu, wan aku tak ada di rumah. di pergi turun laut dengan tok ngah aku. oh, man. . . patutlah ayah aku bengang. pui~ habislah wan nanti. mesti kena sound dengan ayah aku bila balik alor setar nanti. tapi, memang salah wan. wan sepatutnya ke sana sebab nak jaga achik aku, terutamanya pada waktu malam. then, dia seronok pergi sana sebab dapat pergi memancing di tengah laut malam-malam dengan tok ngah. hadoiii~ pening-pening. then, ayah sambung lagi yang ular tu serdahana besar and achik aku sudah panggil bomba. whoa~ popular sat rumah aku tu nanti. then, aku tanyalah ular apa yang masuk, ayah jawab. . .
ular senduk
mak aihh~ bahaya tuhh. mana wan pergi nih? patutlah ayah bengang tahap teruk dekat wan tadi.
dalam perjalanan balik ke rumah, aku teringat kejadian petang tadi. dan aku sure cik eyra cukup tak suka benda nih. cicak! sebelum kami nak bertolak ke rumah tok tadi, hakim buat bebai apa entah. so, aleen tolonglah ambil kasut dia bawa masuk dalam kereta sebab dia mogok tak mahu pakai kasut. time tu aku sudah masuk dalam kereta sebab aku malas nak layan perangai manusia nih! bila aleen masuk dalam kereta, dia letaklah kasut hakim di tempat letak kaki. then tetiba dia jerit. . .
dalam kasut hakim ada cicak!
aku terus naikkan kaki aku ke atas kusyen. aku tanya dia. . .
pergi mana dah cicak tu?!
aleen kata cicak tu sudah keluar. then aku pandang dia dengan separuh mata terbuka. betul ka. . . then, aku pandang ke luar tingkap, fikiran aku menerawang sampai ke Korea mana entah.

dalam perjalan tu, lepas singgah pasar malam, ayah singgah di mart sekejap. kami semua turun ke mart tu, kecuali ayah sebab dia kalut dengan calling sana sini atas urusan kerja dialah. aku beli ais cornetto, hakim beli magnum almond dan aleen beli ais biasa ja. bila kami naik kereta, hakim duduk di depan, so mummy terpaksalah duduk di belakang. naik-naik kereta jea terus aku bukak pembalut cornetto aku tu. then mummy tiba-tiba menjarit. kami semua tengok mummy. then mummy tunjuk ke arah bumbung kereta (bahagian dalamlah. . .) what the hell? cicak?! cicak tu duduk betul-betul straight dengan muka mummy. aku dengan spontannya cover cornetto aku dengan tangan. aku boleh bayang kalau aku tak tutup cornetto tu, alamatnya cicak tu terjun atas ais tulah nanti. melepas aku nak makan cornetto nanti =..=' hakim pun menjerit, padahal dulu wan aku selalu tangkap berlambak cicak then atur satu-satu atas peha dia. yucks! i hate lizards! pui~ then aleen dapat bright idea! dia ambil plastik yang kami guna untuk letak aiskrim tadi, dia masukkan tangan dia dalam tu, then dia cekup cicak tu. honestly, aku rasa macam nak puke dalam kereta sebab cicak tu hideous gila! besisik-sisik jea badan tu plus, aku jamin cicak tu datang dari Afrika sebab badannya teramatlah gelap, lebih dari Akon lagi. pui~ peminat Akon, jangan marah yea! lepas tu, aleen buang cicak tu melalui tingkap. lepas tu, kami semua gelak. ayah pun join. seriously aku tak tahu kenapa kami gelak. aku cuma join jea. pui~ hampehkan aku nie? hahaa~ that's me :)

okaylah. aku rasa aku patut tutp entry ni. cik eyra mesti sudah tertidur tunggu aku publish post nie.
cuba CLICK! thanks! okaylah, aku nak sambung fanfic aku.macam biasa, wajah tunang aku jadi penutup post.ppyong! wassalam.
seronok layan variety show Infinite Sesame Player hari ini. lawak tengok Sungyeol prank ahli group dia dengan bagi makan pisang yang dicucuk dengan cuka :D Inspirit, B2ty and Angel forever!
 Labels: Angels, B2st, B2ty, Beast, cicak, cik eyra sayang, fanfic, Infinite, inspirit, L.Joe, langkawi, Lee Bung Hyun, Ljjang, Ljoe, sesame player
|