Dyo the long lost great squishy husband. Lame 17. EXO & Kaisoo stan.
NO ADVERTISEMENT ALLOWED !
I'm deadly serious =..="
AFFIES
CONTACTS
FANFIC
WE♥IT
Original by Dirah. Fully re-edited by nuruL.joe with the help of software Adobe Photoshop CS6 & imgur. Most of the pics source came from We♥It & Tumblr. Thousand thanks to Wana for the awesome tutorials & helps. Adios.
OLD NEW
|
 Banyak cerita!
 Posted on Friday, March 9, 2012 at 1:24:00 AM 0 angel(s) .

annyeong! pui~ akhirnya aku update jugak blog aku nie. fuh~ dah berhabuk nampak sebab 3 minggu tak balik rumah, nak online di kiosk pun hampeh. selama 3 minggu aku di sekolah, ada beribu cerita yang aku nak ceritakan dalam blog aku nie. tapi aku tak taulah aku rajin ke tak nak taip banyak-banyak plus buat beratus-ratus entry hanya sebab nak ceritakan semua yang terjadi di sekolah dalam 3 minggu tu.
aku nak cerita tentang event, kawan-kawan, orang yang aku meluat, ahli dorm baru yang superb, result! dan paling penting, nak gosip tentang LEHA yang teramatlah disayangi oleh orang-orang yang tak mengenali perangai sebenar dia. ha~ tak sabarnya nak cerita tapi gila malas nak taip. nantilah aku fikir. kalau aku rajin, nanti aku taip semua tu dan post entry. ergh! aku tengah blank nie. . .
owh, lupa pulak. korang perasan tak yang aku dah tukar template blog? huahuahaa~ cantik kea tak eh? ah, lantaklah. aku dah puas hati dengan template nie. malas nak tukar baru. actually aku nak guna washed denim kali nie, tapi malas nak edit balik plus tuto tentang washed denim sangat limited. buat aku blank time edit, then cari tuto tak jumpa, tak ke ternganga aku nanti sebab tak tau nak buat apa lepas tu. so, aku decide pakai blogskins macam biasa :)
eh, aku mengarut kea entry kali nie? pui~ lantaklah. aku mengatuklah. tak cukup tidur. macam-macam jadi hari nie. dari sekolah sampailah ke rumah. tadi dah melantak chicken chop bersaiz GIGANTIC (hiperbola) di restoran Sala Classic. erk~ restoran tu, sekali sekala boleh pergi melantak. mau pergi setiap minggu, alamatnya tak cukup bulan lagi, telan angin jealah kau. restoran tu standard ala-ala Georgetown White Coffee dan Uno Cafe' la. . . Sebab semua tempat tu, bila aku pergi, tak ada banyak beza pun harga makanan tuh. . .
aku tengah layan lagu Paradise dari Infinite. tak pernah bosan dengan lagu nie :) rindu KPOP? gila kalau aku tak rindu lagu KPop dan superb bias' aku waktu aku di sekolah. terseksanya jiwa sepanjang tempoh tu. . . jealousnya tengok orang lain yang ada MP3 dan MP4. bilalah achik nak tunaikan janji dia untuk belikan MP4 sat untuk aku sebagai reward PMR hari tu? pui~ lambatnya.
aku nak search WeHeartIt lah. . . nak cari gambar cantik-cantik :) nanti boleh letak dalam setiap entry. kukuku~ sorry kalau korang tak suka cara aku tulis entry. . . aku letak gambar banyak-banyak tu sebab nak pisahkan apa yang aku sedang ceritakan. contohnya, aku bercerita tentang kucing aku, then aku tak mahu korang pening, aku buatlah gap dengan meletakkan gambar-gambar yang aku suka. gambar-gambar aku suka mestilah Kpop kan? so, kalau korang tak suka Korea boyband, abaikan jea. . . buat-buat buta senang jeakan? kuikui~
okaylah. . . aku nak tutup entry mengarut nih. nak sambung search gambar. ppyong! wassalam.
 Labels: blogskins, editing, friendship, holiday, Infinite, kpop, PMR, weheartit
|