Follow | Home

 peeps
Shoot Anonymous


Dyo the long lost great squishy husband. Lame 17. EXO & Kaisoo stan.


NO ADVERTISEMENT ALLOWED !


I'm deadly serious =..="




AFFIES CONTACTS
FANFIC WE♥IT








Original by Dirah. Fully re-edited by nuruL.joe with the help of software Adobe Photoshop CS6 & imgur. Most of the pics source came from WeIt & Tumblr. Thousand thanks to Wana for the awesome tutorials & helps. Adios.
OLD NEW



Leha oh, Leha
Posted on Wednesday, March 14, 2012 at 2:45:00 PM 0 angel(s)
.


AMARAN! 
ENTRI KALI INI SANGAT PANJANG DAN MENGANDUNGI BANYAK GAMBAR!



annyeong! hari ni aku nak cerita tentang seseorang yang sangat terkenal di sekolah aku. pui~ gelinya aku. keh. . . dan aku pasti orang yang kenal individu ni saja yang akan faham. tambah-tambah lagi Bella dan ahli-ahli dorm aku yang lain. kan Bella? keh :)

nasib baik aku tak ada gambar Leha, kalau tak dah lama aku letak dalam blog ni. keh . . .

mai aku cerita dari first time aku nampak dia. . .

31 JANUARI 2012

hari first intake form 4 baru, aku jaga kaunter di koperasi dengan kawan-kawan aku yang lain. tapi time geng form four mai ambil barang-barang dekat kaunter, aku dah tak ada banyak kerja sangat sebab aku cuma angkut barang-barang jea. kaunter bukan bahagian aku. so, aku cuma duduk di tepi kaunter untuk perempuan, tengok muka-muka form 4 baru. ahli dorm aku yang pertama aku nampak, tak silap aku Hakimah kot. . . waktu aku perhati muka dia, impression aku terhadap dia macam blank. tak tau macam mana nak diterjemahkan. then, tak lama lepas Hakimah, datanglah individu @ subjek yang aku nak ceritakan ni. sejak nilah cerita mengenai dia bermula.

LEHA!

dengan tudung labuhnya dia datang ke kaunter. aku dah mula buat muka. memang automatik jadi macam tu bila aku tengok dia. Fira dengan Che'ah yang ada kat tepi aku asyik gelak kat aku bila tengok first impression aku dekat Leha. nama betul Leha? tak yah la mention di sini. lagipun, orang lebih mengenali dia dengan nama Leha. kebanyakan orang macam tak percaya bila dengar nama sebenar dia. keh. . . =..=

Leha, hang patut bersyukur sebab aku tak dedahkan nama sebenar hang di sini, so ramai tak tahu siapa hang. . . kan? pui~





sepanjang dia ada di kaunter tu muka aku asyik masam jea. mood aku pun terus bertukar jadi tak elok. seriusly, aura dia memang membuatkan aku rasa meluat sangat dekat dia. aku tau, memang tak patut aku judge seseorang tu dari luaran, tapi gerak hati aku mengatakan yang aku akan benci dia, aku tak akan suka dia, aku akan meluat dekat dia, aku akan ada masalah dengan dia nanti dan aku pasti akan berperang dengan dia nanti. . . . so, what else? macam mana aku nak hindarkan diri aku dari benci dia walaupun aku masih tak kenal dia? daripada aku duk pening fikir benda yang tak berfaedah, baik aku ikut kata hati aku jea.


tengah untuk Leha. keh. . . teruknya aku =..='

then petang tu waktu orang nak makan tengah hari, aku dengan Bella masuk dorm kejap. actually aku tak ingat kenapa kami gi masuk dorm. then, bila kami masuk ada Leha, Hakimah dan Farah Nadia. what's making it more worse, katil Leha adalah di atas katil Bella! erk! tobat bergegar katil malam-malam nanti. then aku tengok ada katil sebelah aku. . . masih kosong. fyi, katil aku di tengah. katil aku dan Bella bersebelahan. tahniah Bella, hang dapat bedmate baru! im so happy for you ;D heuheu~ dan bedmate hang tu sangat mengannoyingkan aku. plus, Leha ambil locker Bobah. 

waktu kami masuk dorm tu, tetiba jea ada epal atas katil Bella. aku like, 




mai mana epal ni? pagi tadi time aku keluar dorm, tak ada apa-apa pun. 




then tetiba Leha bersuara. . .




kami tak tau epal ni mai dari mana. kami masuk-masuk tadi dah ada dah.




bella cuma kata tak apa. time tu aku fikir, 




tak tanya pun apehal dia volunteer nak informkan dekat kami pulak? ada sesuatu nie. . .


kami duduk melepak sekali dalam 5 minit macam tu. time tu macam biasalah, short ice breaking. aku tengok, impression aku okay jea dekat Hakimah dan Farah. tapi bila mai dekat Leha, terus rasa sesak kat dada ni. rasa macam nak tumbuk-tumbuk jea muka dia. keh. . . teruknya aku.







bila kami dah keluar dorm, Bella gitau yang epal tu asalnya ada dalam locker Bobah, yakni sekarang adalah locker Leha. Bella tau yang epal tu ada dalam locker Bobah sebab dia selalu guna locker Bobah untuk letak baju.

kan betul apa yang aku rasa! mesti ada sesuatu yang tak kena! 




Leha! first time hang jumpa kami berdua pun hang dah mula nak kelentong kami noh. . . fikir kami ni bendul kea apa!




then, aku bagitaulah Bella yang aku tak suka Leha tu sejak aku nampak dia di kaunter lagi. then Bella mesti akan kata,




macam mana kalau first impression hang tak betui?



aku mesti akan bangkang,




tapi selalunya betuikan?!


time tu aku rasa macam, kenapa payah sangat nak percaya first impression aku. . . 







malam tu, kami, iaitu semua ahli dorm lama buat dormwarming lepas al-mulk. ice breakinglah kan. . .  nak buat apa lagi. aku mula perasan akan kewujudan fazeera waktu nak baca al-mulk. aku bagi al-quran aku dekat fazeera, buka siap dekat muka surat yang ada surah al-mulk. sebab apa aku tolong dia? sebab bila aku tengok dia aku rasa lapang gila, walaupun impression aku dekat dia sedikit blur. aku suka dia, manis :) then, bila habis al-mulk, ketua dorm kami, kak shima mula memperkenalkan diri dia. then, kami semua pun memperkenalkan diri.

kak shima dan kak nieda mintak aku dan Bella ceritakan semua yang kami lalui selama 4 tahun di KUPSIS dan semua benda yang pernah berlaku. then, aku dan Bella pun ceritalah. . . 

then, sampai di satu part, kami cerita yang facilities di asrama dulu sangat sikit. langsung tak ada apa-apa pun. mesin cuma ada satu tapi kena guna duit syiling. mosquito net dalam semua dorm tak ada, tiap-tiap malam jadi juadah nyamuk. watercooler pun tak ada. kalau nak buat maggi, kena turun ke DM untuk ambil air panas.

then Leha mencelah,




air watercooler tu ada klorin eh? mak kami tak bagi minum air klorin. *lebih kurang macam nielah ayat dia. tak berapa ingat deh. . .



hotak hang! then aku terus balas,




kami tak mati lagilah minum air ada klorin!


apa pulak tak boleh minum air ada klorin. air apa yang tak dak klorin? bagitau cepat! kalau air yang hang minum tu tak dak klorin, berulatlah perut hang, chek oii! klorin tu untuk matikan microorganisms yang beranak-pinak dalam air yang kita minum tu. . . tak mau air ada klorin, tinggal air sungai jelah. . . kalau nak air kumbahan pun boleh :) free lagi! erk~ gelilah pulak.

sejak tu, aku semakin benci, benci, benci dekat dia. urgh! kenapa perlu wujud orang macam dia nie. . .


ayat ni sesuai untuk aku. keh~




then, ada satu malam tu sebelum kami keluar makan malam, aku dan Bella sedang perbetul tudung dekat cermin toilet. Bella kata,




dia tu bendui kan?



aku kata,




baru nak sedaq ka?



Bella :  nak bagi nama gelaran apa eh kat dia. senang sikit nak mengata dalam dorm nanti.



*hak, hak. . . sorry Bella. aku tak ingat ayat yang hang cakap hari tu macam mana.




aku : tak taulah. . .





Bella : bendui. . . kita panggil dia 'dui'! asai dari perkatan bendui.



yeah! good idea. sekurang-kurangnya tak sama dengan nama asal dia. then, sejak hari tu, kami berdua akan guna nama tu kalau nak bergosip tentang Leha. kalau kami tengah bersembang tentang dia, Leha ada, kami buat tak tahu jea. 





nak tahu macam mana nama 'LEHA' tu boleh wujud? hahaa~ ni semua bermula dengan Pa'an. Pa'an letak panggilan 'Leha' dekat dia sebab kata Pa'an muka dia macam makci-makcik yang buka kedai runcit. makcik kedai runcit kan selalunya nama 'Leha'. . . so, melekatlah di seluruh batch form 4 panggilan tu untuk dia. keh. . . you deserved it.


bila Leha ada =..=


okaylah. . . nanti aku sambung dalam entry ' Leha oh, Leha part 2'.
keh. . . banyaknya sejarah dia dalam kotak fikiran aku.

ppyong! wassalam.




Labels: