 MAMA 2012 daebakk!
 Posted on Saturday, December 1, 2012 at 2:15:00 PM 0 angel(s) .
SM buat persembahan dajal ke apa gabungan lagu MAMA dengan Lucifer
Assalamualaikum.
Akhirnya MAMA yang aku tunggu-tunggu dah pun habis semalam. Mula-mula tu dalam pukul 4.00 petang tepat, aku dah tengok live stream di iPad sebab bila aku bukak live stream di lappy dia tak boleh nak play. Ada plug-in apa entah yang tak ada. So, aku layanlah skrin iPad yang sebesar mana tu.
Then sambil aku tengok tu, aku duk tengok TL Twitter. Ada seorang ni, dia bagi link untuk tengok live stream kat web lain. Aku bukak then tak boleh jugak. Last-last, aku search sendiri and jumpak laman web Mnet America so aku tengok live stream dekat situ. Lappy tengok live stream MAMA, iPad aku bukak Twitter.
Malam tadi EXO buat persembahan. Macam biasa, lagu MAMA mesti wajib. Then lagu Mirotic. Baekhyun ambik part Changmin scream. LOL~~~ Aku tersenyum jea time tengok tu. Aku teringin nak dengar suara D.O tapi prelude MAMA mula dengan Chen lol. Mungkin sebab tempat tu Hong Kong, sebab tulah mula dengan prelude EXO-M dulu. Tak apalah. Sekurang-kurangnya part rap Kai tu ada lagi. Aku suka waktu dia buat gaya macam kena struck tu.
Hakim pun duduk join dengan aku depan TV sebab nak tengok EXO. Aku seronok jugak malam tadi sebab ramai artis yang kau suka dapat anugerah. SM punya artis menang banyak anugerah kot. f(x) menang untuk Best Dance Performance, Super Junior menang Best Live Performance kot. Shinee menang anugerah apa entah. Lupa.
Dan EXO menang anugerah yang majoritinya orang tak tahu pun wujud anugerah tu. New Asian Artist Group kot. Aku pun terkejut. Sebab mula-mula tu semua fandom EXOtics dan Baby kecewa sebab anugerah Rookie dapat dekat kumpulan apa entah. 'Busker Busker' lebih kurang macam tulah. Semua terkejut. Aku memang dah malas nak tengok dah sebab EXO tak dapat anugerah apa waktu tu. Tapi gagahkan diri untuk tengok jugak. Rugi wehh~~~ Aku dah tunggu anugerah hampir 2 minggu tau tak =..='
Terkejut beruk aku bila Park Shin Hye umum EXO menang. LOL~~~ Melompat sat. Sekarang fair & square. B.A.P dapat PD Choice Award dan EXO dengan New Asian Artist Group tu. Tak ada fanwars. Settle masalah. LOL~~~ MAMA, korang memang bijak.
Lambang Lucifer
Memang aku suka persembahan EXO dengan Shinee malam tadi. Tapi aku tak suka lagu yang dipersembahkan. MAMA dan Lucifer? Sudahlah dua-dua lagu berunsurkan iluminati. Kalau MAMA saja aku boleh tahan lagi. . . Then bila gabung dengan Lucifer memang aku duduk senyap depan TV waktu tu. Tak tau nak kata apa lagi.
SM memang suka sungguh dengan lagu berunsurkan syaitan ni. Well, tak boleh nak salahkan EXO atau Shinee sebab bukan mereka yang buat lagu tu. Kalau lagu untuk EXO aku taulah, Yoo Young Jin yang buat. Dia tu memang suka buat lagu berunsurkan benda-benda tu. Kalau Shinee aku tak taulah siapa yang buat. Memang panggil dajal sungguh lagu malam tadi.
Gimik untuk persembahan Super Junior malam tadi daebakk gila!
source : Tumblr credit to their own respective owners
Okaylah. Setakat ni jea. Sorry sebab entry panjang sangat.
Kbai! Ppyong :)
Labels: #MAMA2012, Asian Best New Male Artist, b.a.p, exo, fanwars, shinee, SM Artist
|