Follow | Home

 peeps
Shoot Anonymous


Dyo the long lost great squishy husband. Lame 17. EXO & Kaisoo stan.


NO ADVERTISEMENT ALLOWED !


I'm deadly serious =..="




AFFIES CONTACTS
FANFIC WE♥IT








Original by Dirah. Fully re-edited by nuruL.joe with the help of software Adobe Photoshop CS6 & imgur. Most of the pics source came from WeIt & Tumblr. Thousand thanks to Wana for the awesome tutorials & helps. Adios.
OLD NEW



Leha oh, Leha part 2
Posted on Friday, March 16, 2012 at 5:45:00 PM 0 angel(s)
.


annyeong, readers. kalau korang belum baca entry ini yang part 1, sila klik sini ----> Leha oh, Leha




3 FEBRUARI 2012

hari ni geng Valiant Generation yang lama bergabung dengan form 4 baru, kami ada aktiviti explorace. salah satu aktiviti untuk orientation depa. pagi tu, sebelum mula kami berkumpul di depan dataran asrama. korang nak tau?! dengan malangnya aku dapat satu kumpulan dengan Leha! erk~ memang nasib aku tak baik malam depa bahagikan kumpulan tu. then, aku perasan perempuan yang membuatkan aku rasa sangat annoying tu tak ada. aku pun dengan perasaan yang curiousnya tanya dia pergi mana. pastu tak silap aku, Farah Nadia jawab,


dia duduk dekat bilik sakit, pening kepala.


hm. . . pening kepala eh? ok. . . fine. tapi memang waktu tu aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

explorace kali ni memang syiok la jugak. ada aktiviti yang best dan ada yang boring. tapi kumpulan aku dapat tempat ke-4. okaylah tu kan? aku rasa kalau ada dia, mesti kumpulan kami akan kalah. *Keh. kejamnya aku.





13 FEBRUARI 2012

Aku tak beberapa ingat keadaan ni macam macam mana. Tapi yang aku ingat, time ni aku baru balik dari prep. Aku cheng dari pi surau so, dekat dorm aku mungkin tak ada orang lagi. Biasalah, aku bukan budak baik. Bila aku sampai ke dorm, tak ada orang lagi time tu. Aku pun masuklah melalui pintu belakang, sebab pintu depan dikunci dari dalam sebab tombol dia tak berfungsi. Memang tak ada orang pun time tu. Aku letak beg apa semua, then tukar baju ke baju riadah siap-siap , lepas tu aku bukak kunci pintu depan tu sebab malas nak ke pintu belakang, nak pergi tandas kejap. Pintu loker aku dan pintu depan tu aku biarkan terbukak.

Lepas aku balik dari tandas, aku nak masuk balik melalui pintu depan tuh. Baru saja aku kuak sikit pintu tu nak masuk, rasa macam ada benda berat tolak pintu tu dari dalam. 

Aku pun like, 


what the hell?! Sapa yang tolak aku ni?

Then aku nampak, Leha tolak pintu tu, mungkin dia nak tutup pintulah kot. Then, aku nak masuk, tapi dia duk tolak lagi pintu tu. 

Aku like,


apa masalah dia nie? Berentilah tolak. Bagi aku masuk dulu! Nanti aku tutuplah pintu nie!

Leha tak berhenti cuba tolak pintu tu, then aku geram sangat, aku tolak dia balik! Nah ambik kau! Dia tertolak ke belakang. Hang fikir hang besar dari aku, aku tak boleh tolak? Then, Leha tengok aku dengan muka geram. Aku tersengih sinis. Keh. Padan muka hang. Pastu dia jalan bebai ke arah loker dia. 

Oh, actually aku tak beberapa marah lagi dekat dia time tu. Aku cuma jadi marah gila bila Leha nak jalan ke loker dia, dia rempuh habih pintu loker aku. Gedung! Gedang! Bunyi pintu loker aku kena rempuh dengan dia. Tak guna punya orang. Aku tak pernah pun sentuh loker dia *tak teringin pun , boleh dia rempuh pintu loker aku!




5 MAC 2012

Hari ni aku dah lepas test Add Math, Physics, BI dan satu lagi subjek tak silap aku Agama kot. Tak pa la. . . Habis prep apa semua, aku terus landing atas katil. Petang tu hujan tak silap aku, so no riadah. Bella tak balik lagi time tuh. Lebih kurang jam 6.30 petang tu, aku terjaga dari tidur sebab aku dengar bunyi suara yang agak familiar. Aku pun bangunlah. Aku tengok arah pintu belakang, kak dorm aku tengah cakap dengan seseorang. Dan bila aku sedar, suara tu memang sumpah familiar gila! Suara teacher Saliza. Betullah. . . Warden bertugas hari ni adalah teacher. Erk! Apa teacher buat kat sini? Then teacher mai ke tengah dorm. 

Teacher kata,


*tuttut* dorm ni ka? Mana dia?

Aku letak *tutut* sebab teacher sebut nama Leha. Aku takkan dedahkan nama sebenar dia di sini. Mencemarkan blog aku jea.

Then kami semua pun peliklah. Semua ahli dorm aku berkumpul di tepi teacher. Nak tau apa kes sampai teacher cari dia ke dorm.

Kak nieda tanya,


kenapa teacher?

Teacher jawab,


teacher dapat call dari cikgu Talib petang tadi, kata *tuttut* nangis sebab dia selalu kena kacau. Ada gangguan.

Kami semua like, ha? Gangguan apa pulak? Macam-macam hal lah Leha ni.

Teacher sambung lagi,


kamu semua ada buat apa-apa dak dekat dia? cikgu Talib kata dia sampai reyau-reyau kata dia kena ganggu apa semua. Hampa ganggu dia ka?

Kak Nieda jawab,


tak dak pun, teacher. kami semua okay jea dengan dia, cuma dia yang selalu pi jauh dari kami. kami pun tak maulah dekat dengan dia. nak ganggu lagilah dak.

then lepas teacher pesan apa entah, aku tak ingat, teacher pun keluaq. Apa lagi, kami kumpullah di tengah tu. Aku malas nak join, aku pi kat loker, nak ambil baju kurung untuk pi iron. Then, tiba-tiba Kak Nieda mai bisik dekat telinga aku.


Aien, aien. . . Aien ada buat apa-apa ka dekat Dui hari ni?

Aku : Dak pun. Kami balik-balik sekolah tadi dia baru keluaq dorm. Memang nampak macam dia baru nangis jea, tapi malas nak ambik tau. Awat?

Kak Nieda : Kak Nieda rasa, baik dalam beberapa hari ni, Aien jangan duk ganggu dia. Kak Nieda takut dia libat habis semua cikgu nanti. Tengok, macam mana cikgu Talib dengan teacher Saliza sampai boleh tau cerita pelik-pelik macam tu kalau bukan dia yang gitau?

Aku : Hm. . . Betui jugak. Biaqlah, Kak Nieda oii. . . Kalau jadi apa-apa, dan memang salah kami, biaq kami tanggung sendiri lah. Nak buat macam mana dah dia jenis suka mengadu.

Kak Nieda : Aien tau dak, Kak Nieda nak bagitau benda ni lama dah, tapi baru hari ni kesampaian. Aien jangan marah tau.

Aku : Awat kak Nieda?

Chupp! For your information, F4 akan PJ pada setiap hari Selasa. Dan setiap kali PJ tulah Leha akan buat macam-macam alasan untuk lepas dari PJ. Aku ingat lagi, minggu pertama kami PJ, Leha kata dia pening kepala. Minggu kedua, dia terpaksa lari jugak sebab dia datang lambat, so tak sempat bagi excuses. Tapi sepatutnya lari 2 round, tapi lari seround jea. Minggu ketiga, dia kata dia sakit perut. Haish. . . Banyaknya alasan dia. Buasir kea apa? Serius aku tak bohong! Semua ni memang excuses dia! Then tiba minggu keempat, dia tak bangun dari katil. Dia kata dia tak boleh nak bergerak. Aku like, eee. . . Hampehnya. Kenapa mesti hang sakit hari Selasa? Hari ada PJ?! Keh. memang sah hang berlakon jea selama nie.



Kak Nieda : Ingat dak hari Dui kata dia tak boleh bangun tu?

Aku : Ha. . .

Kak Nieda : Kan, cikgu Wani mai dorm sebab nak bawa dia gi klinik tu, dia kan duduk di katil atas dan time tu katil sebelah Aien kan kosong, cikgu tanyalah kenapa tak duduk katil bawah sebab kalau jadi apa-apa, susah dia nak turun.


Kak Nieda sambung lagi,



Pastu Dui kata macam nie, " Kak Nieda diam." Dia suruh Kak Nieda diam. Kak Nieda pun like, okay. . . Aku diam. Dui sambung lagi. " Cikgu jangan marah nah. . . Sebab saya tak duduk katil bawah tu sebab, Aien dengan Bella tak suka saya." Dia fitnah Aien dengan Bella.

Aku like, nokharom!!!! Mana ada dia pernah duduk di katil sebelah aku sebelum nie! Aku mula-mula jumpa dia pun, katil dia dah di atas katil Bella lah! Tak percaya, baca entry nie ------> Leha, oh Leha
Katil tepi aku memang dari awal, kosong! Tapi sekarang dah ada Ayu. Ayu baru masuk beberapa hari yang lepas. Aku geram gila bila dengar kenyataan tu.Memang patut pun si Leha tu kena pulau dengan semua F4. perangai buruk dari aku lagi! Semua F4 memang tak suka dia, tapi form-form lain selalu ingat dia baik macam angellah kan. . . Cikgu-cikgu pun tak percaya yang dia tu teruk. Kalau nak tau, dia ni spesies pandai bermuka-muka. . . Dekat ahli-ahli dorm dia ja dia tunjuk belang dia. Dekat orang lain, muka baik dari malaikat!

Kak Nieda tanya,



Nak cerita kat ahli dorm yang lain dak?

Aku kata,



Ceritalah. . . Nanti kalau dia fitnah orang lain pulak macam mana? Ayu tu, dia baru lagi kat sini. Bukan tau lagi perangai Leha tu macam mana. So, baik gitau siap-siap.


Then, aku hempas pintu loker, terus keluar dorm, nak gi iron baju. Time tu, Bella dengan Fira baru sampai. Tak silap aku Bella tanya,



Kenapa dengan Leha wey?

Aku tersenyum sinis. Memang muka aku time tu annoyed gila bila dengar nama "Leha". Pastu aku ceritalah pasai teacher Saliza tadi.



Bella : Aku tau, Kak Manirah gitau aku tadi.

Aku : Owh, hang tau dak. . . Leha tu dah berani fitnah kita!

Bella pun terkejut juga bila aku gitau macam tu. Dia suruh aku cerita, then aku suruh dia masuk dalam, nanti kak Nieda cerita dekat dia. Kami semua masuk, dengan Fira sekali join. 

Pastu Hakimah kata, hari dia first masuk dorm tu, ada family dia dengan family Leha jea time tu. Dan memang Leha dah ambil katil atas dari awal lagi. Fazeera pun cerita yang dia pernah tanya Leha, kenapa dia tak duduk di katil bawah yang kosong tu. . . Leha jawab yang mak dia tak bagi duduk di katil tepi pintu, nanti jadi anak dara tak laku. 

Leha, habislah. . . Dah ramai orang tau belang hang. . . Keh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Pada hari yang sama, malam selepas solat maghrib, cikgu Talib tengah bercakap di depan . Then cikgu Talib ada perli pasai kami satu dorm, kata kami pulau dialah *Leha. . . Salam dengan dia lepas sembahyang pastu lap-lap tangan balik sebab dia kotorlah. . . Walaupun cikgu tak mention siapa dan dorm mana, kami memang boleh rasa, benda tu memang tuju untuk kami. Salam dia? Hey. . . Kami semua tak pernah salam dengan hanglah, Leha. . . Sentuh hang pun tak teringin. kak Shima nak jumpak cikgu Talib nak terangkan semuanya. Petang tu, Fazeera dengan Kak Nieda dah pergi jumpak teacher Saliza. Ceritakan benda yang betui jugak. 

Tapi kami tak pi jumpa cikgu Talib pun, sebab masing-masing kalut. Ada banyak kerja.

Bayangkan, dalam mesyuarat pengawas, cikgu Talib mention nama Leha dan cerita semua benda tak betui yang Leha cerita dekat dia kepada semua pengawas. Pengawas lelaki pun dengar sekalilah sebab mesyuarat time tu. Memang dorm aku tengah kena target sekarang ni. Kami tau berita ni pun sebab ada pengawas yang tolong bagitau sebab pengawas tu pun tau perangai sebenar Leha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Leha selalu tak bertugas dalam dorm bila mai hari dia bertugas. Kak Shima tegurlah dia, suruh dia bertugas. Pastu dia ceritalah yang di rumah dia tak pernah buat semua kerja ni. Bibik yang tolong buat semuanya. Iron baju pun suruh bibik jea, mana ada iron sendiri macam di sini. 

Keh. Patutlah suka mengelat. Ada bibik rupanya. Tapi aku tengok, rupa hang lagi layak jadi bibik. Tak gitu? Keh. Aku kejam =..='


True friends will never stab our back :)

Okaylah. Setakat tu jea kot aku nak dedahkan perangai sebenar Leha. Aku tau aku kejam sebab dedahkan perangai dia di sini, but take it from the bright side. Janganlah jadi orang yang suka mengelat dan bermuka-muka. Sebab satu hari nanti tembelang hang akan pecah jugak. Then time tu, semut pun tak pandang hang tau dak? Keh. sorry sebab panjang gila entri ni.

Ppyong! Wassalam.


Labels: